oleh: Baihaqi Sabarudin & Arif Azaldin
SMIK, 6 Februari Program Pelancaran Mentor Mentee Luaran Putera Sekolah Menengah Ibn Khaldun telah diadakan pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam bertempat di dewan terbuka Sekolah Menengah Ibn Khaldun.
Program pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengelola Pentadbir Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Encik Hamdan B. Mokhtar. Program tersebut telah berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Bilangan pelajar putera Sekolah Menengah Ibn Khaldun yang telah dicampur dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima jumlahnya ialah 161 orang. Para pelajar telah dibahagikan kepada 22 kumpulan.
Pelajar Tingkatan 1 dibimbing oleh Pakcik Huzaidi, Ustaz Asri, Pakcik Eddy, Ustaz Ali Noor Atif, Ustaz Shihabuddin, dan Pakcik Nasaruddin Manaf.
Manakala pelajar Tingkatan 2 pula dibimbing oleh Ustaz Adni, Pakcik Kamarudin Putih, Pakcik Hafiz dan Pakcik Shiro Othman, Pakcik Azmi, dan Pakcik Syed Hamid.
Pelajar Tingkatan 3 dibimbing oleh Pakcik Kamarudin Ahmad, Pakcik Roslan Ismail, Pakcik Wan Rafi dan Pakcik Surail, Dr. Zabidin dan Dr. Basir. Pelajar-pelajar yang datang dari Rumah Kebajikan Al-Khadeem dibimbing oleh Cikgu Shamsudin dan Pakcik Hamdan Soleh.
Manakala pelajar Tingkatan 4 pula dibimbing oleh Pakcik Haris Wahab, Pakcik Badri Shukor, dan Pakcik Ibrahim Abd Rahman.
Akhir sekali, pelajar Tingkatan 5 dibimbing oleh Pakcik Hamdan dan Abang Shahrul, Pakcik Jaafar Sidek, dan Pakcik Khairuddin.
Program Mentor Mentee Luaran diadakan pada setiap hari Jumaat. Waktu mula dan tempat tertakluk kepada mentor masing-masing. Diharapkan dengan adanya program Mentor Mentee ini, pelajar-pelajar dapat meningkatkan kualiti jati diri yang selama ini wujud pada setiap pelajar supaya menjadi insan bertarbiyah yang berilmu dan bertaqwa insyaAllah.
0 komen:
Catat Ulasan