Promosi Mahrajan Thaqafi ke-4

Mahrajan Thaqafi ke-4

Assalamualaikum WBT.

Semua insyaAllah dijemput bagi menghadiri dan memeriahkan Mahrajan Thaqafi yang diadakan oleh Sekolah IBN KHALDUN tiga tahun sekali ini!

Mahrajan Thaqafi merupakan Perayaan Ilmu/Ekspo Pendidikan/Pesta Kebudayaan yang dianjurkan oleh Sekolah Ibn Khaldun (menengah dan rendah) sekerap tiga tahun sekali bermula pada tahun 2000.

Mahrajan Thaqafi ke-4 akan diadakan pada 24-26 April 2009 (Jumaat - Ahad). Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan, antaranya ialah pertandingan pidato dan nasyid antara sekolah, Forum Bicara Ad-Din (IKIM.fm), persembahan pelajar, jualan amal, pameran, derma darah, dan banyak lagi!

Jualan amal dan pameran bermula pada hari Jumaat hingga hari Ahad. Pada hari Sabtu akan diadakan pertandingan nasyid dan pidato antara sekolah dan pada pukul 9 malam diadakan Forum Bicara Ad-Din oleh IKIM.fm. Pada hari Ahad akan diadakan bermacam-macam aktiviti yang akan diakhiri dengan aktiviti malam kemuncak yang bermula pada 9 malam.

Kupon jualan boleh didapati daripada pihak sekolah (03-51623973). Datanglah beramai-ramai sambil menyumbang untuk ISLAM!


Khamis, 4 Jun 2009

Sumbangan Karya untuk AT-TAQWA


Assalamualaikum WBT.


Kepada SEMUA PELAJAR SEK. MEN. IBN KHALDUN:


Sidang Editor Majalah AT-TAQWA akan memulakan kerja-kerja menerbitkan majalah rasmi sekolah selepas tamat cuti persekolahan nanti. Untuk itu, kami memerlukan sumbangan karya-karya yang hebat daripada antum semua.


Bentuk karya adalah bebas; sama ada cerpen, puisi, komik, artikel dan sebagainya. Karya yang dihantar mestilah memiliki nilai Islami dan mematuhi syarak. Karya boleh dihasilkan dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab. Karya BI dan BA adalah amat digalakkan.


Tarikh penghantaran selewat-lewatnya pertengahan bulan Julai. Tarikh khusus akan diumumkan apabila sekolah dibuka nanti. Tarikh mungkin diawalkan atau dilewatkan - berserta pengumuman.


Kami mengharapkan kerjasama yang hebat daripada antum semua untuk menjayakan projek tritahunan ini dan menjadikan kesempatan ini sebagai peluang untuk menyampaikan Islam melalui penulisan dan seni. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruang komen pos ini atau di chatbox di bahagian kiri blog Fikruttaqwa Online. Pandangan dan cadangan mengenai majalah juga amat dialu-alukan.


Moga ALLAH meredai dan membalas usaha antum semua.


*Tolong sebarkan kepada semua warga Ibn Khaldun.


1 komen:

Cikgu Yazid berkata...

Assalamualaikum.
Tahniah kepada semua sidang editor Fikruttaqwa dan seluruh pelajar SMIK atas usaha dan istiqamah kalian menyemarakkan bidang penulisan. Saya amat berkeyakinan bidang penulisan memainkan peranan yang sangat penting; bahkan merupakan bahan manuskrip yang mampu dijadikan rujukan generasi kemudian. Saya di sini tetap mendoakan kejayaan antum.
Tidak terlewat juga rasanya untuk saya ucapkan selamat menjalani ibadah ramadhan.
Wassalam.

Catat Ulasan